Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan

Khamis, 1 Ogos 2013

Bermegah-Megah Dengan Masjid

السلام عليكم ورحمة الله بركاته

أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم
A017

Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.
(At-Taubah 9:17)
A018

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
(At-Taubah 9:18)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".


Daripada Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak berlaku (terjadi) Hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".

Hadis Riwayat Abu Daud

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Bilakah Akan Terjadi Kehancuran

السلام عليكم ورحمة الله بركاته

أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم
A058

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(An-Nisaa' 4:58)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : "Pada suatu masa ketika Nabi S.A.W. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Bilakah akan terjadi Hari Kiamat.? Maka Nabi s.a.w. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, Beliau (Nabi s.a.w.) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau (Nabi s.a.w.) tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga Nabi s.a.w selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Dimana orang bertanya tentang Hari Kiamat tadi?. "Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya wahai Rasulullah". Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat". Arab Badwi itu bertanya pula, "Apakah yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?". Nabi s.a.w. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat".

Hadis Riwayat Bukhari

Renungkanlah... Wallahu a'lam


Rabu, 31 Julai 2013

Lima (5) Maksiat Yang Disegerakan Balasannya

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم
A012

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

(At-Taghaabun 64:12)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berharap Rasulullah s.a.w. kepada kami (pada suatu hari) kemudian baginda bersabda: "Wahai Kaum Muhajirin, lima (5) perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (Kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah s.w.t semoga kamu tidak menemui masa :

1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak dikalangan mereka. Mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah ditimpa umat-umat yang lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dikalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari  mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang (yang juga hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang tekandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri.

Hadis Riwayat Ibnu Majah

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Selasa, 30 Julai 2013

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم




"Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)".

(Al-'Ankabuut 29:34)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu " :

1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.  Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.  Zakat dijadikan hutang.
4.  Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.  Anak derhaka terhadap ibunya.
6.  Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.  Suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8.  Suara ditinggikan di dalam masjid.
9.  Yang menjadi ketua suatu kaum adalah yang terhina diantara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (Arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diroboh menjadi makhluk lain.

Hadis Riwayat Tirmizi

Renungkanlah... Wallahu a'lam



Selasa, 12 Mac 2013

Al-Quran Hilang & Ilmu Diangkat

السلام عليكم ورحمة الله بركاته

أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".


Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda, "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja maka pada hari esoknya tidak tinggal di permukaan bumi daripadanya walaupun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan.

Mereka hanya mampu berkata : "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimah "LA ILAHA ILLALLAH," lalu kami mengatakannya juga. Maka berkata Shilah (perawi hadis dari Huzaifah), Apa yang dapat dibuat oleh "LA ILAHA ILLALLAH" terhadap mereka sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk dan sedekah..?" Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimah itu dapat menyelamatkan mereka daripada neraka". (Huzaifah berkata tiga kali).

Hadis Riwayat Ibnu Majah

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Isnin, 11 Mac 2013

Islam Nama Sahaja

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم



Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
(A-li'Imraan 3:109)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w.. "Sudah hampir suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan mereka fitnah itu akan kembali".

Hadis Riwayat Al-Baihaqi

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Ahad, 10 Mac 2013

Ulama Tidak Diperlukan

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran agama Allah sesudah disambut dan diterima agamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.
(Asy-Syuura 42:16)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Ya Allah, Jangan Kau temukan aku dan mudah-mudahan (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman dimana para ulama tidak diikut lagi dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."

HADIS RIWAYAT AHMAD

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Ketiadaan Imam Untuk Solat Berjemaah

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al-Baqarah 2:43)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".


Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lagi akan datang suatu zaman orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjemaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".

HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Rabu, 6 Mac 2013

Peperangan Kerana Merebut Kekayaan

السلام عليكم ورحمة الله بركاته

أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)


"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda ; " Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Eupharates iaitu sebuah gunung daripada emas). Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu," Didalam riwayat lainada disebutkan. "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir disitu janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu,".

HADIS RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Selasa, 5 Februari 2013

Kelebihan Beribadat Di Saat Huru-Hara

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
(Al-Baqarah 2:281)


"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".


Daripada Ma'qil bin Yasar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Beribadat disaat huru-hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku".


HADIS RIWAYAT MUSLIM

Renungkanlah... Wallahu a'lam


Ahad, 3 Februari 2013

Ujian Dahsyat Terhadap Iman

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214)



Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-'Ankabuut 29:3)


"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : 
"Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia". 


HADIS RIWAYAT MUSLIM

Renungkanlah... Wallahu a'lam


Rabu, 30 Januari 2013

Masa Akan Menjadi Singkat

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Demi Masa!
(Al-'Asr 103:1)



Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(Al-'Asr 103:2)



Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan menjadi Kiamat sehingga masa menjadi singkat. Maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api".

HADIS RIWAYAT TIRMIZI

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Selasa, 29 Januari 2013

Peperangan Demi Peperangan

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
(Al-Baqarah 2:190)



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(A-li'Imraan 3:102)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku  'Al-Harj' ". Sahabat bertanya, "Apakah Al-Harj itu Ya Rasulullah?. Nabi s.a.w. menjawab : "Peperangan demi peperangan demi peperangan". 

HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Isnin, 28 Januari 2013

Golongan Ruwaibidhah

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah 2:10)



Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
(An-Nisaa' 4:145)



Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:146)








Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang yang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "RUWAIBIDHAH". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?. Nabi s.a.w. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai,"


HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH

Renungkanlah... Wallahu a'lam.

Orang Yang Memegang Agama Seperti Pegang Bara Api

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم
A044

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
(
Al-Maaidah 5:44)

A072

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Al-Ahzaab 33:72)

A073

(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzaab 33:73)



"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Anas r.a berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman dimana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggengam bara api,"

HADIS RIWAYAT TIRMIZI

Renungkanlah... Wallahu a'lam.

Hamba Menjadi Tuan, Banyak Banggunan Pencakar Langit

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:254)


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(A-li'Imraan 3:185)


Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
(A-li'Imraan 3:194)


"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Umar bin Al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang) .......... Kemudia Jibrail bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat? Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya, "Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya, "Maka Nabi s.a.w. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan,"

HADIS RIWAYAT MUSLIM

Renungkanlah... Wallahu a'lam.

Khamis, 24 Januari 2013

Sedikit Lelaki Dan Banyak Perempuan

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم



Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
(An-Nisaa' 4:124)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Anas r.a. berkata : "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Diantara tanda kiamat ialah sedikit ilmu banyak kejahilan, berlaku banyak penzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinaya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."

HADIS RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM

Renungkanlah... Wallahu a'lam.