Selasa, 29 Januari 2013

Penjelasan Mengenai Iman Yang Dapat Memasukkan Seseorang Ke Dalam Syurga & Barangsiapa Yang Berpegang Teguh Dengan Apa Yang Diperintahkan Kepadanya, Maka Dia Akan Masuk Syurga

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Kitab Iman - Bab : Penjelasan Mengenai Iman Yang Dapat Memasukkan Seseorang Ke Dalam Syurga & Barangsiapa Yang Berpegang Teguh Dengan Apa Yang Diperintahkan Kepadanya, Maka Dia Akan Masuk Syurga


Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256)



Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya.
(An-Nisaa' 4:175)



Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
(Al-A'raaf 7:170)


"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".


15.(14) Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang badui datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya : 
"Wahai Rasulullah! Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku mengerjakannya dapat mendekatkan ku kepada syurga dan menjauhkanku daripada api neraka". Jawab Baginda s.a.w. "Hendaklah aku beribadah tanpa melakukan perbuatan syirik sedikit pun kepada-Nya, dirikanlah solat yang diwajibkan, tunaikanlah zakat yang diwajibkan, dan puasa Ramadhan. Demi Dzat yang diriku berada dalam kekuasaanNya! Aku tidak akan melebihkan sedikit pun atas hal itu selamanya dan tidak pula akan menguranginya". Ketika orang itu pergi, Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang ingin melihat seseorang dari kalangan penduduk syurga, hendaklah dia memerhatikan orang itu".

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Tiada ulasan: