Memaparkan catatan dengan label Rahmat Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahmat Allah. Papar semua catatan

Jumaat, 22 November 2013

Musibah Dan Hakikat Serta Balasannya

السلام عليكم ورحمة الله بركاته

أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah 2:156)


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah 2:157)
"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Khalifah Umar bin Khattab r.a berkata : Sebaik-baik ucapan kemulian bagi orang yang ditimpa musibah adalah ucapan kedua ayat diatas, sebagaimana yang dijelaskan pula didalam hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :- "Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya."

HADITH RIWAYAT BUKHARI

Didalam hadith yang lain Rasulullah S.A.w. bersabda yang bermaksud, "Apapun yang menimpa diri seseorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan, dan apapun keresahan yang dirasakan, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian daripada keburukan-keburukannya."

HADITH RIWAYAT MUSLIM

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Isnin, 17 Disember 2012

Hadis Sahih Muslim - Luasnya Rahmat Allah Mengalahkan Murka-Nya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Hadiid 57:28)




"Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

  • Dari Abu Hurairah, dari Nabi S.A.W bersabda :- "Ketika Allah telah menciptakan makhluk-Nya, Allah menulis dalam kitab-Nya, dan kitab itu ada diatas Singasana-Nya (Arasy): Sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku. HADIS RIWAYAT MUSLIM (2751) JILID 4
  • Dari Ibnu Syihab, Sesungguhnya Sa'id bin al-Musayyab menceritakan kepadanya, sesungguhnya Abu Hurairah berkata : "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :- "Allah membuat kasih sayang sebanyak 100 bahagian, lalu Allah memegang 99 bahagian dan menurunkan 1 bahagian kasih sayang ke dunia, sehingga semua makhluk saling mengasihi, termasuk seekor binatang mengangkat kakinya kerana khuatir anaknya akan terpijak." HADIS RIWAYAT MUSLIM (2752) JILID 4
  • Dari Salman al-Farisi, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :- "Sesungguhnya Allah memiliki 100 kasih sayang, ada 1 kasih sayang agar semua mahluk saling menyayangi di antara mereka, 99 kasih sayang lainnya untuk di Hari Kiamat." HADIS RIWAYAT MUSLIM (2753) JILID 4
  • Dari Umar bin Khattab, sesungguhnya dia berkata : "Ada seseorang datang kepada Rasulullah S.A.W. dengan membawa tawanan, lalu ada seorang perempuan yang minta tawanan itu, jika dia menemukan tawanan yang masih bayi, maka dia akan mengambilnya, mendakapnya dan menyusuinya. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada kami : "Apakah kalian akan mengira bahawa perempuan ini akan melemparkan anaknya ke api neraka? "Kami menjawab" : "Tidak, demi Allah! Dia tidak akan sanggup untuk melemparkannya."Rasulullah S.A.W. lalu bersabda :- "Sungguh Allah lebih sayang kepada hamba-Nya dibandinkan dengan perempuan ini terhadap anaknya." HADIS RIWAYAT

    MUSLIM (2754) JILID 4

    Renungkanlah... Wallahu a'lam.







Ahad, 16 Disember 2012

Rahmat Allah Melebihi KemurkaanNya


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadapAllah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:115)


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al-Baqarah 2:261)


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpahrahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
(Al-Baqarah 2:268)






Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286)


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
(A-li'Imraan 3:132)


Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah(kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(A-li'Imraan 3:164)


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
(Maryam 19:96)



Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)

Renungkanlah... Wallahu a'lam.