Khamis, 1 Ogos 2013

Bilakah Akan Terjadi Kehancuran

السلام عليكم ورحمة الله بركاته

أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم
A058

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(An-Nisaa' 4:58)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : "Pada suatu masa ketika Nabi S.A.W. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Bilakah akan terjadi Hari Kiamat.? Maka Nabi s.a.w. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, Beliau (Nabi s.a.w.) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau (Nabi s.a.w.) tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga Nabi s.a.w selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Dimana orang bertanya tentang Hari Kiamat tadi?. "Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya wahai Rasulullah". Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat". Arab Badwi itu bertanya pula, "Apakah yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?". Nabi s.a.w. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat".

Hadis Riwayat Bukhari

Renungkanlah... Wallahu a'lam


Tiada ulasan: