Rabu, 31 Julai 2013

Lima (5) Maksiat Yang Disegerakan Balasannya

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم
A012

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

(At-Taghaabun 64:12)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berharap Rasulullah s.a.w. kepada kami (pada suatu hari) kemudian baginda bersabda: "Wahai Kaum Muhajirin, lima (5) perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (Kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah s.w.t semoga kamu tidak menemui masa :

1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak dikalangan mereka. Mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah ditimpa umat-umat yang lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dikalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari  mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang (yang juga hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang tekandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri.

Hadis Riwayat Ibnu Majah

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Tiada ulasan: