Memaparkan catatan dengan label Riyadus Solihin (IMAM NAWAWI). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Riyadus Solihin (IMAM NAWAWI). Papar semua catatan

Rabu, 6 Mac 2013

Sabar

Riyadus Solihin (IMAM NAWAWI)
السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Al-Baqarah 2:155)
Bab3.1
Abu Malik, nama sebenarnya Haris bin Asim al-Asy'ari melaporkan."Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Bersuci adalah sebahagian daripada iman.Berkata 'alhamdulillah' memenuhi neraca timbangan amalan baik seseorang itu pada Hari Kiamat kelak. Menyebut 'subhanallah wal hamdulillah' memenuhi ruang antara bumi dan langit. Sembahyang adalah cahaya yang memberi petunjuk kepada amalan baik. Sedekah adalah bukti benarnya iman seseorang itu. Sabar adalah sinar yang terang benderang. Al-Quran adalah hujah untukmu dan terhadapmu. Manusia yang bangun pada waktu pagi samada mentaati Allah atau syaitan dan nafsunya. Maka, dengan itu beliau samaada membebaskan diridirinya daripada kehinaan dunia dan azab di akhirat, sekiranya beliau melakukan ketaatan kepada Allah. Ataupun membinasakan diri sendiri sekiranya melakukan maksiat dan dosa".

Hadis Riwayat Muslim

Renungkanlah... Wallahu a'lam



Rabu, 30 Januari 2013

Ikhlas Dan Niat

Riyadus Solihin (IMAM NAWAWI)

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم


Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.
(An-Nisaa' 4:125)

Bab 1.2. 
Aisyah binti Abu Bakar berkata, "Saya mendengar Rasulullah menjelaskan, "Ada sepasukan tentera hendak menghancurkan Kaabah, kemudian apabila mereka tiba di satu tanah lapang, mereka dibenamkan ke dalam tanah, dari barisan pertama sampai barisan terakhir". Saya bertanya, "Wahai utusan Allah, bagaimana pula semuanya dibenamkan, dari barisan yang pertama sampai yang terakhir, bukankah dalam kumpulan itu terdapat para pedagang dan mereka yang tidak termasuk dalam golongan itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Ya, semuanya dibenamkan, dari barisan yang pertama sampai barisan yang terakhir. Nanti mereka akan dibangkitkan dari kubur masing-masing. Mereka menerima balasan mengikut niat masing-masing". 

Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim

Renungkanlah... Wallahu a'lam