Khamis, 20 Disember 2012

Penyakit-Penyakit Umat Dahulu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(A-li'Imraan 3:14)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang".

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 
"Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu" Sahabt bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah:
(1) Terlalu banyak seronok. (2) Terlalu mewah. (3) Menghimpun harta sebanyak mungkin. (4) Tipu-menipu dalam berebut harta benda dunia. (5) Saling memarahi. (6) Hasut-menghasut sehingga menjadi zalim-menzalimi."

HADIS RIWAYAT HAKIM

Renungkanlah..... Wallahu a'lam.

A201

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

(Al-Baqarah 2:201)




Tiada ulasan: