Ahad, 23 Disember 2012

Kejahatan Yang Semakin Banyak

السلام عليكم ورحمة الله بركاته

Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.
(Ghaafir 40:58)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyyang".

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jashy (isteri Rasulullah s.a.w.), beliau berkata : 
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambi; bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini," Kemudian baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) kemudian mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya : "Ya Rasulullah ! Apakah kami akan binasa sedangkan ada dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh? "Lalu Nabi s.a.w. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."
HADIS RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM

Renungkanlah..... Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: