Selasa, 18 Disember 2012

Keimanan & Ketaqwaan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2:2)




"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".


Daripada Abi Najih'irbadh bin Ariyah r.a. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata ; Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda s.a.w. pun bersabda ; "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengarserta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang dipanjangkan umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (yakni khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (Bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

HADIS RIWAYAT ABU DAUD & TARMIZI

Renungkanlah... Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: