Isnin, 17 Disember 2012

Berpegang Teguhlah Kepada Al-Quran dan Sunnah





Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Junjungan Rasul, Nabi Muhammad S.A.W., para ahli keluarga baginda, para sahabat, dan para pengikut yang setia kepada baginda sehingga ke hari akhirat.



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang".


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 
(An-Nisaa' 4:59) 


Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka). 
(An-Nuur 24:48) 


Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah danSunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. 
(An-Nuur 24:51) 


Drpd 'Auf bin Malik r.a. berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Umat yahudi tlh berpecah belah menjadi 71 golongan, maka hanya 1 golongan shj yg msk syurga dan yg 70 lg msuk neraka. Umat nasrani tlh berpecah belah mnjadi 72 golongan, maka 71 msuk neraka dan hanya 1 golongan shj msuk syurga. Demi Tuhan yg diriku didlm kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan, hanya 1 golongan shj yg msuk syurga dan yg 72 lg msuk neraka. Sahabat bertanya, 'golongan mana yg selamat..?' Nabi s.a.w. menjawab, " Mereka adalah Jamaah, " (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah)

 Hadis Riwayat IBNU MAJAH

Renungkanlah... Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: