Selasa, 29 Januari 2013

Solat Sebagai Salah Satu Rukun Islam

السلام عليكم ورحمة الله بركاته
أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم
Kitab Iman - Bab : Solat Sebagai Salah Satu Rukun Islam


Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al-Baqarah 2:3)



Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnyasembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Al-Baqarah 2:45)



Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Baqarah 2:277)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

8.(11) Daripada Abu Suhail, dari ayahnya, bahawasanya dia mendengar Thalhah bin Ubaidillah pernah berkata : Suatu ketika Rasulullah s.a.w. didatangi seorang laki-laki dari Najed yang memiliki rambut yang lurus dan tegak, kami dengar suaranya yang lembut dan perlahan sehingga kami tidak bisa memahami apa yang dikatakannya. Sampai akhirnya dia mendekati Rasulullah s.a.w. dan bertanya kepadanya tentang Islam. Baginda s.a.w. pun menjawab : "Solat lima waktu sehari semalam."Dia pun bertanya lagi : "Apakah ada hal lainnya yang menjadi kewajipanku? Jawab Rasulullah s.a.w. : "Tidak ada, yang lainnya hanya 'tathawwu' (disunnnahkan) serta puasa Ramadhan."Tanyanya lagi: "Apakah ada lagi selainnya?" 
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Tidak ada, lainnya hanyalah sunnah." Thalhah berkata: "Laki-laki itu pun pamitan seraya berkata: Demi Allah aku tidak akan pernah menambah mahupun menguranginya." Rasulullah s.a.w. menyatakan : "Sungguh dia akan beruntung jika dia jujur (benar dalam melaksanakannya).

Renungkanlah... Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: