Selasa, 1 Januari 2013

Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

السلام عليكم ورحمة الله بركاته


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzaab 33:59)



"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
(Ghaafir 40:40)

"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda :
" Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. (1) Pertama, golongan penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. (2) Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."

HADIS RIWAYAT MUSLIM

Renungkanlah... Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: