Sabtu, 23 November 2013

Jiwa Yang Takut & Mengharap


Menyingkap kebohongan Kahin @ Arraf




Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
(Al-An'aam 6:59)


Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
(An-Naml 27:65)


"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
(Al-Jinn 72:26)


"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
(Al-Jinn 72:27)





Jumaat, 22 November 2013

Musibah Dan Hakikat Serta Balasannya

السلام عليكم ورحمة الله بركاته

أعوذ بالله من شر الشيطان الرجيم



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah 2:156)


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah 2:157)
"Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Khalifah Umar bin Khattab r.a berkata : Sebaik-baik ucapan kemulian bagi orang yang ditimpa musibah adalah ucapan kedua ayat diatas, sebagaimana yang dijelaskan pula didalam hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :- "Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya."

HADITH RIWAYAT BUKHARI

Didalam hadith yang lain Rasulullah S.A.w. bersabda yang bermaksud, "Apapun yang menimpa diri seseorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan, dan apapun keresahan yang dirasakan, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian daripada keburukan-keburukannya."

HADITH RIWAYAT MUSLIM

Renungkanlah... Wallahu a'lam

Selasa, 19 November 2013

Keajaiban Taubat



"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri... Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan... Perbaikilah untukku urusanku semuanya... Dan janganlah Engkau serahkan aku ini kepada diriku ini walaupun untuk sekelip mata..."

(Riwayat Nasa'i, al-Bazzar & al-Hakim daripada Anas Bin Malik r.a)